SEMERAH CINTA ANIS YUSNIMA

SEMERAH CINTA ANIS YUSNIMA........
SEMERAH CINTA ANIS YUSNIMA........
SEMERAH CINTA ANIS YUSNIMA........

semerah hati..

semerah hati..
merah hati

Monday, May 23, 2011

RERANAN DAN TANGGUNGJAWAB :

NAIB PENGERUSI
1. Tugas-tugasnya adalah sama dengan tugas-tugas pengerusi tetapi peranannya lebih kepada membantu mereka dalam apa-apa tugasan dalam menjalankan tugas.
2. Sentiasa bersama pengerusi dalam apa jua aktiviti.
3. Mewakili pengerusi sekiranya pengerusi tidak hadir.
4. Memangku jawatan pengerusi dan menjalankan tugasnya semasa ketiadaannya.
5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA
Setiausaha berperanan penting dalam mencatat isi mesyuarat. Setiausaha mestilah cerdas, aktif, cekap, kuat bekerja dan prihatin serta menunjukkan minat dan komitmen mendalam terhadap organisasi. Antara tugas-tugasnya :

1. Menjalankan segala urusan surat-menyurat seperti surat pengumuman, surat panggilan mensyuarat dan sebagainya.
2. Menyedia dan menyimpan segala rekod keahlian, rekod kegiatan, minit mesyuarat, laporan aktiviti serta dokumen / rekod-rekod lain secara kemaskini dan sistematik.
3. Membuka dan menyimpan fail-fail tertentu.
4. Menyampaikan segala peraturan atau laporan mustahak kepada pengerusi.
5. Mencatat kehadiran ahli bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
6. Mengendalikan papan kenyataan badan pengawas dengan baik, kemaskini dan ceria. Maklumat yang disediakan di papan kenyataan hendaklah kemaskini.
7. Menyediakan dan menyerahkan laporan aktiviti yang telah dijalankan kepada guru penasihat setelah selesai menjalankannya.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
4. PENOLONG SETIAUSAHA

1. Tugas-tugasnya adalah sama dengan tugas-tugas setiausaha tetapi peranannya lebih kepada membantu mereka dalam apa dalam menjalankan tugas.
2. Sentiasa bersama setiausaha dalam apa jua aktiviti.
3. Menjalankan tugas-tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

Sunday, May 22, 2011

PERANAN / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

sebagai seorng guru kaunseling sekolah... ramai pelajar yang datang dan bertanya kepada saya mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai ajk tertinggi sesebuah kelab dan persatuan. di sini saya ingin berkongsi kepada semua mengenai peranan dan tanggungjawab AJK tertinggi kelab dan persatuan... ini boleh diguna pakai oleh semua bidang...

1. PENGERUSI / KETUA PENGAWAS
Tanggungjawab pengerusi sangat penting kerana merekalah yang memainkan peranan dalam organisasinya. Hala tuju, kemajuan dan kejayaan organisasinya adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan daya kepimpinannya. Antara tugas-tugas utamanya ialah :

1. Menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mengatur dan mengendalikan atas perjalanan organisasinya dengan sempurna.
2. Memanggil, menjalankan atau mempengerusikan setiap mesyuarat.
3. Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan mesyuarat ( memastikan mesyuarat berjalan dengan betul dan lancar ).
4. Meneliti catatan minit mesyuarat dan mempastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
5. Menjadi orang perantaraan atau wakil persatuan dalam menjalankan urusan persatuan / kelab dengan pihak lain atau dalam acara rasmi.
6. Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan,penggal dan tahunan.
7. Menerima dan memberi nasihat bagi sesuatu pergerakan organisasinya.
8. Memikir dan berunding sesuatu rancangan untuk kemajuan pergerakan persatuan.
9. Membantu mengawasi kedudukan kewangan organisasinya.
10. Memastikan ahli-ahlinya berdisiplin dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan semasa sesuatu aktiviti / perjumpaan / latihan.
11. Bagi badan beruniform, mereka bertanggungjawab memastikan ahli-ahlinya mempunyai pakaian seragam yang lengkap.
12. Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
13. Memastikan aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar, teratur dan jayanya.
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.



* akan di sambung kemudian.........

Thursday, May 19, 2011

jemputan....

Undangan Menyaksikan Persembahan Orkestra Muzikarama Jabatan Pelajaran Melaka 2011 Cetak E-mail
Ditulis oleh KHAIRUL AZWAN ABDULLAH
Tuesday, 17 May 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pengarah Pelajaran Melaka
Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka
Semua Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Melaka
Semua Ketua Unit, Jabatan Pelajaran Melaka
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah/ Alor Gajah/ Jasin
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Semua Pengetua SMK/ SABK Negeri Melaka
Semua Guru Besar SK/ SJKC/ SJKT/ SABK Negeri Melaka

Y.Bhg. Datin/ Tuan/ Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan mengadakan persembahan Orkestra Muzikarama Jabatan Pelajaran Melaka 2011 sebagai hadiah bagi menghargai jasa Tuan Pengarah Pelajaran Melaka seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 24 Mei 2011 ( Selasa )
Masa : 08.00 malam
Tempat : Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati mengundang Y.Bhg. Datin/ Tuan/ Puan menyaksikan persembahan tersebut. Kehadiran dan kesudian Y.Bhg. Datin/ Tuan/ Puan memenuhi undangan tersebut amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Friday, May 6, 2011

rumah baru.....

penat lelah sepanjang 4 bulan bekerja ini akhirnya terbalas dengan kehadiran sebuah rumah baru yang dihadiahkan oleh suamiku kepadaku.....
girangnya rasa dihati ini tidak terperi lagi.... tidak sabar rasanya untuk mendiami kediaman baru kami....

rumah kami tidak besar... tapi aku cukup bersyukur dengan rezeki ini... rezeki kurniaan Allah kepada kami...

dalam pada kehairahan aku untuk mendiami kediaman baru kami... aku terpaksa menguruskan segala persiapan seorang diri... baik dari segi pembersihan rumah, pemilihan perabot, mengangkat barang, mengemas rumah dan sebagainya..... ini kerana suamiku amat sibuk dengan kerjanya... jam 7 pagi pergi kerja... jam 10.30 malam baru pulang..... jadi tinggal aku seorang saja untuk menguruskan semuanya...

bukan suamiku tidak tolong langsung... ada juga dia menolong.. tapi kasihan aku melihatnya terkejar-kejar untuk menguruskan segala hal....

jadi, oleh kerana pekerjaan aku sebagai kaunselor sekolah yang dikatakan balik awal ( ye ke???) , jadi aku mengambil alih tugas suamiku......
aku harus bijak membahagikan masa dengan kerja, tugasan, dan tanggungjawab.......

aku yakin... segala penat lelah aku ini akan membuahkan hasil dan kepuasan diri yang tinggi..... aku berharap agar segalanya berjalan dengan lancar...

Monday, April 25, 2011

isu hangat di sekolah....

Obesiti pelajar direkod dalam kad laporan

By Utusan Online - Muka Hadapan, April 18, 2011 12:41 am
Obesiti pelajar direkod dalam kad laporan

PETALING JAYA 17 April - Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.

Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

"Langkah itu diharap dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak dengan berat badan berlebihan mendapatkan nasihat klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan kembali berat badan ideal,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.

Selain itu, jelasnya, penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

"Ini berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa dengan kadar obesiti yang tinggi," katanya.

Ujar Tiong Lai, kajian terbaru Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.

Katanya, situasi itu amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Tiong Lai berkata, negara masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan juga kematian di hospital kerajaan.

"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman penyakit ini.
Nuffnang Ads

"Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi," ujarnya